Cloth Diapers


Pernahkan mommies di luar sana mendengar tentang lampin moden/ cloth diapers? Mungkin ramai yang dah tahu atau baru je nak tahu. Lampin moden merupakan satu evolusi lagi dalam pemakaian lampin pada masa kini. Kalau zaman kita kecik2 dlu, ibu2 kita hanya menggunakan lampin kain yg warna putih tu kn. Masih ingat? Pakai, kotor, cuci, jemur dan pakai semula.

Dengan mengekalkan konsep lampin lama, lampin moden juga seakan-akan begitu, tetapi rupa bentuknya lebih kepada 'pampers' atau lampin pakai buang. Cuma ianya boleh digunakan semula. Jimat Bukan?


Apa yang Mami Q ingin berkongsi di sini adalah mangenai kebaikan menggunakan cloth diapers atau lebih mudah si sebut 'CD'. Mami Q sendri kini menggunakan CD untuk si kecil. Mami Q mula menggunakannya sejak dari Q berusia 2 bulan, dan kini Q sudah pon berusia 10 bulan. Bermula dari itu, Mami Q sgt terasa penjumatannya.

Mungkin untuk ibu2 yang bekerjaya rasa susah dengan penggunaannya. Begitu juga dengan Mami Q pd mulanya. Kerana mana masa nk mengemas, masak, layan suami dan mcm2 lg bila pulang dr bekerja. Inikan ditambah pula nak membasuh lampin! Kalau ada yg mudah knp perlu nak cuci2. Ramai ibu2 yg mengeluh bila Mami Q bercerita mengenai CD ni.

Mami Q sendiri pd mulanya menggunakan Cd rasa susah. Tapi bila lama kelamaan rasa lebih suka memakaikan CD untuk Q berbanding DD :)



Apa kebaikan CD?
-Si kecil Q tiada ruam lampin.
-Mami & Daddy dpt menjimatkan ekonomi keluarga.
-Ianya bewarna warni dan fashionable :)
-Materialnya sgt mesra alam (sayangi bumi kita).
-Harga berpatutan.

Tak susahkan diri ke nk cuci?
-Tidak!
-Bilas sedikit, masukkan ke washing bag, sedikit sabun ke dlm mesin basuh, masukkan CD dan tekan butang 'wash' di mesin basuh anda. Mudah bukan?
-Mudah kering.
-Tak perlu rendam.
-Tak perlu peluntur.
-Tak perlu pelembut pakaian.

Berapa RM boleh jimat?
Jika dulu, penggunaan lampin pakai buang:
1 hari - RM0.50 x 6 = RM3 (sehari)
1 bulan - RM3 x 30 = RM90 (sebulan)
1 tahun - RM90 x 12 = RM1080.00 (sethaun)

Kini, menggunakan CD:
1 CD - RM40 x 10 = RM400 (boleh guna hingga anak berumur 3 tahun, dan boleh digunakan untuk anak yang seterusnya).


Jimat bukan? Mommies2 jom cuba :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Order Form

*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
contact form faq verification image

Email form generated by 123ContactForm


Please check your JUNK/SPAM BOX, if you didn't get our replies!!!