Tips Mencuci CD



Pertama kali winzpink ingin mengingatkan kepada momies yang baru mencuba untuk memakai CD, pastikan anda mencuci CD dan insert sebanyak 3 kali (cuci, jemur, kering (x3)) sebelum mula memakaikan untuk bayi anda. Ini kerana untuk membersihkan habuk2 yang mungkin melekat dari kilang pembuatan CD.

Berikut merupakan tips2 untuk mencuci CD anda dengan betul:

Ramai mommies di luar sana yang masih tertanya2 cara mencuci CD bayi anda dengan betul & tanpa bau hancing lagi.

Jom cuba cara cucian ala Mami Q ;)

Step 1: Pastikan air yg digunakan untuk mencuci CD anda adalah warm water bukan 'hot' ya. Isikan mesin basuh anda dgn warm water. Dan biarkan air berpusing selama 2-3 minit.

Step 2: Masukkan CD ke dalam wasing bag dan masukkan ke dalam mesin basuh.

Step 3: Biar ianya berputar 2-3 minit dan masukkan 1/4 (suku) sudu sabun (cup sabun serbuk). Jika boleh gunakan sabun cuci pakaian bayi. Mami Q hanya gunakan brand tesco sahaja.

Step 4: Biarkan CD lengkap dicuci.

Step 5: Untuk pusingan rinse terakhir masukkan 3 sudu kecil cuka dan 1 sudu kecil bicarbonate soda (tujuannya untuk menutralkan fabrik CD dan mengembalikan daya penyerapannya).

Kini cucian anda lengkap! CD anda pasti nampak mcm baru dan yang penting tanpa bau hancing! ;)

Mudah bukan?

Jangan sekali-kali menggunakan peluntur dan pelembut fabrik semasa cucian CD anda. Kerana peluntur boleh merosakkan CD anda dan pelembut pakaian boleh melemahkan daya serapan insert anda. Pastikan sabun cucian yg digunakan tidak mengandungi bahan pelembut. CD juga tidak perlu direndam.

Tips: Sekiranya insert anda meninggalkan kesan kuning akibat poo-poo, ianya memang tidak akan tertangal selepas cucian. Akan tetapi dengan menjemur di bawah cahaya mahari insert CD anda kembali putih tanpa meninggalkan kesan poo-poo yang kekuningan :)

Sebaik2nya jemur CD di bawah pancaran matahari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Order Form

*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
contact form faq verification image

Email form generated by 123ContactForm


Please check your JUNK/SPAM BOX, if you didn't get our replies!!!